Semua Berita3 Mei 2026
Berita & Aktiviti

Ucapan Sambutan Hari Bomba Sedunia 2026

Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), khususnya di Selangor dan anggota bomba di Bestari Jaya.

Pengorbanan, keberanian dan kecekalan tuan-tuan dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan amat dihargai dan disanjung tinggi. Kalian sentiasa berada di barisan hadapan demi keselamatan masyarakat.

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan.

Semoga semua anggota bomba sentiasa diberikan kekuatan, keselamatan serta dipermudahkan setiap urusan dalam menjalankan amanah.

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026