Semua Berita26 April 2026
Berita & Aktiviti

Kehadiran YB Jefri Mejan di Program "World Earth Day Project" di Bestari Jaya

Kehadiran YB Jefri Mejan di Program "World Earth Day Project" di Bestari Jaya

Pada 26/4/2026, YB Jefri Mejan telah menghadiri program "World Earth Day Project" anjuran District Action Group for Environmental Sustainability (DAGES) sempena sambutan Hari Bumi Sedunia di Bestari Jaya.

Program ini menghimpunkan pelbagai pihak dan agensi, NGO serta komuniti setempat dengan mesej yang cukup jelas: kelestarian alam, penjagaan rizab sungai dan usaha berterusan membebaskan sungai daripada pencemaran.

YB Jefri turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan sokongan penuh beliau terhadap inisiatif berimpak tinggi seperti ini. Menurut beliau, kolaborasi sebegini amat penting dalam memastikan usaha pemeliharaan alam sekitar dapat digerakkan secara menyeluruh dan berterusan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, dengan harapan agar usaha ini memberi manfaat besar kepada alam dan generasi akan datang.