Semua Berita4 April 2026
Berita & Aktiviti

Jamuan Hari Raya

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Majlis Aidilfitri DUN Ijok yang berlangsung malam tadi (4 April 2026) di Laman Vuvungan, Kg. Bukit Badong telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dalam suasana penuh keceriaan dan kemesraan.Saya berasa amat bersyukur dan teruja melihat kehadiran ramai pengunjung daripada seluruh DUN Ijok serta kawasan sekitarnya. Majlis ini berjaya dianjurkan dengan kerjasama PAS Kawasan Kuala Selangor dan PAS Negeri Selangor, serta turut dihadiri rakan-rakan daripada pelbagai parti termasuk Perikatan Nasional, Pejuang, Bersatu dan MIC.Suasana majlis cukup meriah apabila para hadirin daripada pelbagai peringkat umur hadir bersama keluarga, bertemu sahabat lama dan beramah mesra dalam semangat Aidilfitri yang harmoni.Lebih membanggakan, majlis ini menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Mereka bertegur sapa dengan penuh mesra, mencerminkan semangat kebersamaan yang masih kukuh dalam masyarakat kita.Hakikatnya, majlis seperti ini bukan sekadar sambutan perayaan, tetapi menjadi jawapan kepada keletihan rakyat terhadap suasana politik yang sering memecah-belahkan. Dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar dan ketidaktentuan semasa, rakyat sebenarnya mendambakan ruang kebersamaan yang menyatukan.Majlis ini membuktikan bahawa perpaduan itu masih wujud dan mampu direalisasikan apabila dipupuk dengan keikhlasan.Di saat ramai merindukan kemeriahan Aidilfitri yang sebenar, melihat senyuman dan kegembiraan yang dikongsi bersama memberi satu kepuasan yang tidak ternilai. Lebih bermakna apabila kita dapat bersama-sama meraikan Syawal dalam suasana penuh kesyukuran.Akhirnya, inilah mesej paling penting dimana ukhwah yang terjalin tidak mengenal warna bendera politik.Di sebalik perbezaan, perpaduan rakyat tetap boleh diperkukuhkan.Saya memohon maaf atas segala kekurangan di sepanjang penganjuran majlis ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir serta para petugas yang telah memastikan kelancaran program.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.